Covid-19: Satu kluster baharu dikesan di Kinabatangan melibatkan jangkitan komunitiCovid-19: Satu kluster baharu dikesan di Kinabatangan melibatkan jangkitan komuniti
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Satu kluster baharu dikesan di Kinabatangan melibatkan jangkitan komuniti


23 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster Covid-19 baharu di Kinabatangan yang melibatkan jangkitan komuniti.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster Blok 03 tersebut telah menular di salah sebuah ladang kelapa sawit di Kinabatangan.

“Kes indeks adalah ketua mekanik, warga tempatan, 58, yang menjalani saringan masuk kerja ke ladang di sebuah klinik swasta di Lahad Datu pada 21 Oktober.

“Dalam saringan itu, kes indeks dikesan positif 100 peratus grading RTK-Ag dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan,” katanya.

Tambahnya, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 19 individu dikesan positif dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan.

“Siasatan, persampelan dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang lain yang berhampiran,” ujarnya lagi.

bottom of page