Covid-19: Sebanyak 247 kes di Sabah hari ini libatkan kanak-kanak belum divaksin
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sebanyak 247 kes di Sabah hari ini libatkan kanak-kanak belum divaksin


Gambar Hiasan.

1 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sejumlah 247 kes Covid-19 di Sabah pada hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, di mana 117 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun menerusi satu kenyataan berkata, jumlah kes tersebut adalah daripada jumlah keseluruhan 2,158 kes harian negeri Sabah pada hari ini.


Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif bagi negeri Sabah sebanyak 341,712 kes.


“Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 48,118 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun yang layak divaksin.


“Walaupun jumlah kes harian telah menurun sedikit secara keseluruhan hari ini, tetapi 17 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan jumlah kes harian yang lebih tinggi daripada kelmarin dan cuma sembilan daerah merekodkan penurunan.


“Dalam pada itu, dearah Kota Kinabalu kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah kes harian di Sabah dengan 651 kes (+96), diikuti oleh Tuaran 142 kes (-39), Papar 135 kes (-69), Keningau 130 kes (+25), Beaufort 130 kes (+69), Kota Belud 120 kes (+19), Penampang 111 kes (-141) dan Putatan 100 kes (-123),” katanya.


Tambah Masidi, sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes dua angka manakala Kunak dan Kalabakan masing masing merekodkan kes satu angka.


Sementara itu, sejumlah 2,143 atau 99.31 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, enam kes dalam Kategori 3, enam kes dalan Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5.


“Sebanyak enam kes kematian juga dilaporkan pada hari ini, iaitu masing-masing satu kes di daerah Kota Marudu, Tawau, Penampang, Beluran, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.


“Bilangan pesakit yang sembuh ialah 5,294 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 293,629 orang.


“Manakala 1,674 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,069 orang di hospital, 590 orang di Pusat Kuarantin dan (PKRC) Awam, 14 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS)/ penjara dan satu orang di fasiliti swasta,” ujarnya.


Bagaimanapun, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 72 orang merangkumi 64 di ICU serta lapan di open ward kubikel akut dan 29 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

bottom of page