Covid-19: Sebanyak 3,224 kes direkodkan hari ini, 23 kematianCovid-19: Sebanyak 3,224 kes direkodkan hari ini, 23 kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid-19: Sebanyak 3,224 kes direkodkan hari ini, 23 kematian



25 Ogos 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABAU: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini kekal tinggi iaitu sebanyak 3,224 kes direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 131,030 kes. Sebanyak 23 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lapan kes di Tawau, masing-masing empat kes di Kota Kinabalu, Tuaran, dan Sandakan, dua kes di Penampang dan satu kes kematian di Putatan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sembilan daerah merekodkan 100 kes ke atas dengan Kota Kinabalu terus merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 630 kes dan Penampang kedua tertinggi dengan 413 kes.


"Daerah lain yang merekodkan kes tinggi ialah Tuaran (348 kes), Papar (319 kes), Sandakan (245 kes), Tawau (189 kes), Kota Belud (128 kes), Keningau (120 kes), dan Lahad Datu (102 kes)," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu sebanyak 2,098 kes adalah daripada saringan kontak rapat.

"Kota Kinabalu merekodkan kes saringan kontak rapat tertinggi dengan 369 kes diikuti Tuaran dengan 293 kes, Papar (213 kes) dan Penampang (281 kes). “Manakala saringan bergejala merekodkan 788 kes, diikuti saringan kluster dengan 75 kes, saringan bersasar (53 kes) dan saringan lain-lain kes (210 kes),” katanya.

Menurut Masidi, pesakit dalam Kategori 2 terus mencatatkan jumlah terbanyak dengan 2,009 kes, diikuti Kategori 1 (908 kes), Kategori 3 sebanyak (15 kes), Kategori 4 (lima kes) dan Kategori 5 (21 kes). Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 2,020 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 101,624 orang. “Seramai 4,763 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,399 orang di hospital, 3,322 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 28 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 14 orang di fasiliti swasta. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 182 orang dan 78 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page