COVID-19: SERAMAI 3,873 PESAKIT DI SABAH SEDANG MENERIMA RAWATAN
- nabalunews
- Oct 30, 2020
- 1 min read

30 OKTOBER 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Seramai 3,873 pesakit berkaitan Covid-19 di Sabah sedang menerima rawatan iaitu 751 orang di hospital dan 3,122 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 69 orang manakala 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 466 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 14,519 kes.
“Bilangan kematian adalah tiga orang. Seramai 277 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital, menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah seramai 7,960 orang,” katanya.















Comments