• nabalunews

COVID-19: TAWAU, KOTA KINABALU, SANDAKAN MASIH CATAT KES TERTINGGI


8 Nov 2020

KOTA KINABALU: Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan masih mencatatkan kes baharu tertiggi berbanding daerah-daerah lain di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Tawau mencatatkan 140 kes, Kota Kinabalu (135 kes), Sandakan (119 kes), Lahad Datu (37 kes), Tuaran (30 kes), Keningau (15 kes), Penampang dan Putatan masing-masing 11 kes, Papar (10 kes), Kota Belud (tujuh kes), Semporna dan Kota Marudu masing-masing tiga kes, Telupid (dua kes), Sipitang (satu kes).

“Kudat, Tambunan, Kunak, Tongod, Beaufort, Kuala Penyu, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Ranau, Tenom dan Nabawan tiada kes baharu pada hari ini.

“Daripada 524 kes positif Covid-19 seluruh Sabah pada hari ini, sebanyak 252 kes (48.09 peratus) adalah dari Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 272 kes adalah dari lain-lain kategori,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 524 kes.

“Jumlah kumulatif ialah 20,422 kes. Hari ini dua kes kematian dicatatkan iaitu satu di Tawau dan satu di Sandakan.

“Seramai 512 pesakit telah sembuh. Manakala, 3,481 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 767 orang di hospital dan 2,714 orang di PKRC.

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 74 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dari segi penggunaan katil, Masidi berkata, jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 962 katil. Manakala di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah sebanyak 8,583 katil menjadikan jumlah keseluruhan 9,545 katil. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 36.47 peratus.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com