COVID-19: TAWAU, SANDAKAN CATAT KES BAHARU TERTINGGI HARI INICOVID-19: TAWAU, SANDAKAN CATAT KES BAHARU TERTINGGI HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: TAWAU, SANDAKAN CATAT KES BAHARU TERTINGGI HARI INI


6 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Tawau dan Sandakan mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi hari ini berbanding daerah-daerah lain di seluruh Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Tawau mencatatkan sebanyak 467 kes dan Sandakan (389 kes baharu).

“Ini diikuti daerah Kota Kinabalu sebanyak 112 kes, Lahad Datu (95 kes), Tuaran (40 kes), Penampang (31 kes), Keningau (17 kes), Papar (12 kes), Putatan dan Kudat (11 kes), Semporna dan Kota Belud (empat kes), Kota Marudu (tiga kes), Beaufort, Kuala Penyu dan Telupid masing-masing satu kes.

“Tiada pertambahan kes baharu bagi daerah-daerah lain seperti Kunak, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Tongod, Sipitang, Ranau, Tenom, Tambunan dan Nabawan,” katanya, pada sidang akhbar, hari ini.

Masidi berkata, daripada 1,199 kes positif Covid-19 hari ini, 556 kes berpunca dari Kluster Pusat Tahanan Sementara Tawau dan Kluster Penjara Sandakan. Selebihnya iaitu 643 kes adalah dari lain-lain kategori.

“Daerah Tawau merekodkan kes tertinggi sebanyak 467 kes. Daripada jumlah ini, 372 kes adalah dari Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau.

“Manakala, 63 kes daripada saringan kontak rapat, 27 kes daripada saringan komuniti, empat daripada saringan bergejala dan satu kes daripada saringan sebelum bekerja,” katanya.

Katanya lagi, daerah Sandakan pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 389 kes pada hari ini, disumbang oleh Kluster Penjara Sandakan (184 kes), Kluster Mesra (44 kes), Kluster Ramai-Ramai (satu kes) dan Kluster Bomba (satu kes).

“Selain itu ia juga daripada saringan Kontak Rapat (131 kes), Saringan Komuniti (18 kes), Saringan Bergejala (enam kes), Saringan Kendiri (dua kes), Saringan pekerjaan (satu kes) dan Saringan Brought In Dead (BID) (satu kes),” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page