COVID-19: TERIMA KASIH PETUGAS BARISAN HADAPAN KESIHATANCOVID-19: TERIMA KASIH PETUGAS BARISAN HADAPAN KESIHATAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: TERIMA KASIH PETUGAS BARISAN HADAPAN KESIHATAN



17 NOV 2020

Oleh Wartawan Nabalu news


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana berhempas pulas menangani pandemic Covid-19.


Beliau berkata, penularan pandemik Covid-19 sejak suku pertama tahun ini menyebabkan pelbagai kesan kepada negeri ini.


“Ekonomi rakyat terjejas, pembangunan infrastruktur terhambat, norma terdahulu telah berubah. Saya menyambut baik amanat Tuan Yang Terutama agar kita semua bekerjasama padu dan mantap bagi menangani impak pandemik ini.


“Saya mewakili rakyat Kadamaian mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Negara dan semua frontliners kesihatan kerana berhempas pulas menangani pandemik Covid-19.


“Terima kasih juga kepada semua anggota fronliners dari pelbagai pasukan, sukarelawan dan dermawan yang membantu menangani krisis kesihatan ini. Sumbangan dan pengorbanan mereka begitu berharga,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan Dasar Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Maharuddin pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, pada Isnin.


Ewon berkata, akibat PKP, ribuan rakyat di negeri ini menagih simpati kerajaan terutama keperluan harian seperti bakul makanan dan bantuan lain yang berkaitan.


“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan dilanjutkan, ramai yang tidak dapat meneruskan aktiviti sumber pendapatan mereka.


“Rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan bakul makanan bukan hanya yang tersenarai di bawah e-Kasih atau yang terlibat dalam perintah kuarantin wajib tetapi penduduk kampong yang mana kawasan mereka turut terlibat dalam perintah kawalan ketat.


“Banyak yang berhadapan dengan stigma khuatir berurusan atau bekerja di luar rumah dan memilih duduk di rumah seperti nasihat kerajaan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page