• nabalunews

COVID-19: TUJUH KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH

26 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tujuh lagi kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sabah pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 236 kes.

Beliau berkata, kes kematian yang dilaporkan di Hospital Tuaran melibatkan lelaki tempatan berusia 61 tahun, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan.


"Dua kes kematian dilaporkan di Hospital Duchess of Kent Sandakan melibatkan lelaki tempatan berusia 67 tahun dan wanita bukan warganegara berusia 90 tahun.


“Tiga kes kematian dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth melibatkan lelaki dan wanita tempatan serta lelaki bukan warganegara berusia antara 50 hingga 71 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dislipidemia dan buah pinggang kronik.

“Kes kematian ke-236 pula melibatkan lelaki bukan warganegara dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com