Marryan Razan
Covid: 23,656 kes terkumpul di Sabah dalam tempoh 14 hari

19 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Sejumlah 23,656 kes terkumpul positif Covid-19 di seluruh Sabah dalam tempoh 14 hari iaitu dari 5 Ogos hingga 18 Ogos (kelmarin). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu Kota Kinabalu mencatatkan kes terkumpul tertinggi sebanyak 5,246 kes. “Diikuti Tawau (2,905 kes) Penampang (2,294 kes), Sandakan (1,784 kes), Tuaran (1,733 kes), Keningau (1,268 kes) dan Papar (1,000 kes). “Daerah-daerah lain mencatatkan kes terkumpul kurang daripada 1,000 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, daripada 2,583 kes baharu positif Covid di Sabah hari ini, 1,054 kes belum menerima vaksin, belum layak vaksin (655 kes) dan selebihnya menerima 1 Dos dan lengkap 2 Dos vaksin.