Covid: 767 kes baharu, 14 kes kematian dilaporkan di Sabah, hari iniCovid: 767 kes baharu, 14 kes kematian dilaporkan di Sabah, hari ini
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Covid: 767 kes baharu, 14 kes kematian dilaporkan di Sabah, hari ini



3 Okt 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 767 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 200,396 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 14 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu tiga kes di Tawau, dua kes di Lahad Datu dan Kota Kinabalu manakala masing-masing satu kes di Kudat, Tuaran, Kota Marudu, Penampang, Semporna, Ranau dan Sandakan.


“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, Sabah mengekalkan trend penurunan kes positif dengan catatan penurunan sebanyal 17 kes berbanding semalam.


Beliau berkata, trend penurunan kumulatif kes Negeri Sabah pada hari ini sejajar dengan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan iaitu 15 daerah, manakala 11 daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan dan satu daerah iaitu Kinabatangan mengekalkan catatan sebagaimana semalam.


“Bagi daerah yang mengalami trend penurunan berbanding catatan kes semalam, Ranau mencatatkan penurunan tertinggi hari ini dengan (-21) kes, Beluran (-16) kes, Tenom (-14) kes, Pitas (-12) kes dan Kunak (-11) kes.


“Daerah yang mencatatkan peningkatan ketara pada hari ini pula didominasi oleh Kota Kinabalu yang mencatatkan peningkatan sebanyak (+33) kes, Kudat (+19) kes, Sipitang (+12) kes dan Papar (+11) kes,” katanya.


Mengenai bilangan pesakit Covid-19 sembuh, pada hari ini seramai 1,096 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) sembuh menjadikan jumlah kumulatif 183,694 orang.


Manakala 2,790 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,078 orang di hospital, 1,689 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 16 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 132 orang merangkumi 119 di ICU/repurposed kritikal care serta 13 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 50 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page