Covid: 790 kes baharu, 14 kes kematian dilaporkan di Sabah hari iniCovid: 790 kes baharu, 14 kes kematian dilaporkan di Sabah hari ini
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Covid: 790 kes baharu, 14 kes kematian dilaporkan di Sabah hari ini



6 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 790 kes menurun sebanyak 15 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 202,668 kes.


Sebanyak 14 kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu empat kes di Sandakan, dua kes di Kudat manakala Kota Kinabalu, Nabawan, Putatan, Ranau, Sipitang, Tawau, Tenom dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, angka jangkitan di negeri ini adalah tidak statik.


“Setelah mencatatkan peningkatan semalam, kumulatif kes pada hari ini merekodkan sedikit penurunan iaitu 15 kes, menjadikan catatan pada hari ini sebanyak 790 kes.


“Bilangan daerah yang mencatatkan penurunan kes adalah 15 daerah, manakala daerah dengan peningkatan kes adalah sebanyak 12 daerah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan angka kes tertinggi, kembali melepasi paras tiga angka iaitu pada jumlah 102 kes dengan peningkatan sebanyak 27 kes.


“Daerah lain yang mencatatkan peningkatan kes dengan ketara ialah Kota Marudu (+27) kes, Tuaran (+19) kes, Beluran (+17) kes, Sandakan (+11) kes dan Papar (+11) kes.


“Daerah yang mencatatkan penurunan tertinggi ialah Ranau (-22) kes, Keningau (-19) kes, Kota Belud (-17) kes, Tambunan (-15) kes, Pitas (-14) kes dan Beaufort (-13) kes,” katanya.


Beliau berkata, 90.38 peratus daripada jumlah kes pada hari ini adalah Kategori 1 dan Kategori 2 yang lazimnya hanya memerlukan rawatan kendiri dirumah sahaja atau di PKRC.


Mengenai bilangan pesakit Covid-19 sembuh Masidi berkata, sebanyak 1,472 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) sembuh menjadikan jumlah kumulatif 188,294 orang.


“Manakala 2,627 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,081 orang di hospital, 1,528 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 14 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala empat orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 146 orang merangkumi 127 di ICU/repurposed kritikal care serta 19 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 50 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page