Covid: Dua kluster baharu jangkitan komuniti, tempat kerja di BeaufortCovid: Dua kluster baharu jangkitan komuniti, tempat kerja di Beaufort
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Covid: Dua kluster baharu jangkitan komuniti, tempat kerja di Beaufort


21 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini merupakan kluster komuniti dan tempat kerja sebuah klinik kesihatan kerajaan di Beaufort.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster Kg Bawan - Beaufort dikategorikan sebagai kluster tempat kerja iaitu di salah sebuah klinik kerajaan.


Beliau berkata, penularan jangkitan bagi kluster ini dipercayai berpunca daripada aktiviti makan-makan di rumah keluarga kes indeks di Kg Bawan seminggu sebelum dikesan positif.


“Majoriti kes positif adalah melibatkan ahli keluarga dan rakan sekerja. Kes indeks merupakan petugas kesihatan, lelaki, 31, dan tinggal di kuarters kerajaan bersama rakan setugas apabila bertugas atas panggilan.


“Kes indeks disahkan positif melalui ujian RTK Ag pada 7 Oktober di Klinik Kesihatan Membakut, setelah demam dan batuk sejak 4 Oktober.


“Hasil saringan kontak rapat, 24 ahli keluarga dan 10 rakan setugas juga didapati positif. Bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober (haari ini), sebanyak 34 kes termasuk dua kes baharu hasil saringan ke atas 51 kontak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Kg Batu 66 - Beaufort pula merupakan kluster jenis komuniti dan berlaku dalam daerah Beaufort.


Katanya, kes indeks adalah wanita tempatan, 36, yang disahkan positif melalui ujian PCR pada 8 Oktober di Hospital Beaufort selepas bergejala sejak 6 Oktober lalu.


Katanya, hasil penelitian, penularan jangkitan dipercayai berpunca daripada kenduri kematian mendiang ayah kepada kes indeks yang ke-40 hari pada 4 Oktober lalu di Kg Batu 66 dan dihadiri oleh keluarga dan jiran terdekat.


“Selain itu, majlis pengebumian pada 11 Oktober yang juga dipercayai menyumbang kepada peningkatan jumlah kes positif COVID-19 dalam kalangan komuniti.


“Majoriti kes positif melibatkan ahli keluarga dan tetamu dari sekitar Mukim Montenior. Bermula 8 sehingga 21 Oktober (hari ini), sebanyak 29 kes termasuk dua kes baharu dikesan daripada 36 kontak yang telah disaring,” katanya.

bottom of page