Covid: Enam kematian, 720 kes baharu direkodkan di Sabah hari iniCovid: Enam kematian, 720 kes baharu direkodkan di Sabah hari ini
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Covid: Enam kematian, 720 kes baharu direkodkan di Sabah hari ini



26 Julai 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini sebanyak 720 kes menurun 98 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 80,190 kes dan enam kes kematian dilaporkan iaitu empat kes di Kota Kinabalu dan masing-masing satu kes di Kota Marudu dan Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 331 kes adalah dari Saringan Kontak Rapat, Kluster Sedia Ada (226) dan Saringan Bergejala sebanyak (103) kes


“Untuk Saringan Kluster, Kluster Agathis menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 112 kes daripada keseluruhan 226 kes yang berpunca daripada Saringan Kluster.


“Bagi Saringan Kontak Rapat pula, Kota Kinabalu menyumbang kes tertinggi dengan 69 kes daripada kumulatif kes yang berpunca daripada Saringan Kontak Rapat iaitu 331 kes,” katanya.


Masidi berkata, sejumlah 83.6 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.


“Kategori 1 sebanyak 255 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 sebanyak 347 kes sekadar mengalami simptom ringan,” katanya.


Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 488 menjadikan jumlah kumulatif 74,085 orang.


Katanya, seramai 3,507 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 673 orang di hospital, 2,563 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 271 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 77 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).


bottom of page