Covid: Kes baharu di Sabah meningkat 61 kes, lima kes kematianCovid: Kes baharu di Sabah meningkat 61 kes, lima kes kematian
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Covid: Kes baharu di Sabah meningkat 61 kes, lima kes kematian



30 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 650 kes positif baharu Covid-19 hari ini meningkat 61 kes berbanding kes semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 217,502 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lima kes kematian turut dilaporkan hari ini masing-masing satu kes di Kinabatangan, Sandakan, Semporna, Tambunan dan Tenom.


“Daerah yang mencatatkan peningkatan kes baharu ialah Tuaran (+49) kes, Kinabatangan (+40) kes, Beaufort (+36) kes, Kota Belud (+18) kes, Tawau (+18) kes, Sandakan (+11) kes dan Putatan (+10) kes.


“Manakala daerah mencatatkan penurunan jumlah kes pula ialah Kudat (-24) kes, Tenom (-21) kes, Kota Kinabalu (-19) kes, Tambunan (-12) kes dan Lahad Datu (-11) kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini, 392 kes atau 60.3 peratus merupakan kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu.


“Manakala 244 kes atau 37.5 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari. Selebihnya adalah kes-kes lewat daftar antara empat hingga lima hari.


“Ini satu petanda bahawa sistem pendataan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bertambah baik berbanding sebelum ini,” katanya.


Masidi berkata, keberkesanan vaksin dapat dilihat daripada statistik harian pesakit. 95.4 peratus daripada keseluruhan kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, yakni pesakit-pesakit yang tidak perlu rawatan di hospital.


Dari segi bilangan pesakit Covid-19 yang sembuh, beliau berkata seramai 412 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 206,572 orang.


Manakala 1,813 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 709 orang di hospital, 1,087 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 16 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dan satu orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 80 orang merangkumi 78 di ICU/repurposed kritikal care serta dua di open ward (HDW/kubikel akut) dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page