Covid: Kes baharu di Sabah meningkat dua kali ganda 314 kesCovid: Kes baharu di Sabah meningkat dua kali ganda 314 kes
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Covid: Kes baharu di Sabah meningkat dua kali ganda 314 kes



25 Januari 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Jumlah kes harian di Sabah hari ini melonjak lebih dua kali ganda daripada jumlah kelmarin, iaitu 314 kes berbanding hanya 118 kes kelmarin. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini merupakan pertambahan 196 kes daripada jumlah sebelumnya. Beliau berkata, berdasarkan laporan dan statistik harian yang disediakan oleh JKNS, punca kenaikan mendadak kes-kes baharu hari ini kerana bilangan saringan positif yang tinggi dikalangan kontak rapat dan kes-kes baharu daripada kluster- kluster aktif. “Empat daerah mencatatkan angka jangkitan baharu yang agak tinggi iaitu Sandakan 68 kes (+56), Kota Kinabalu 61 kes (+44), Beaufort 39 kes (+31) dan Tuaran 34 kes (+19). “Secara keseluruhan, terdapat sembilan!daerah mencatat kes baharu dua angka, 14 daerah dengan catatan satu angka dan empat daerah tidak merekodkan apa-apa kes baharu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, sebanyak 64 kes baharu hari ini datang daripada kluster-kluster dan 143 pula adalah dikalangan kontak rapat.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page