Covid: Kes harian terus menurun ke angka 677 kes, 9 kes kematianCovid: Kes harian terus menurun ke angka 677 kes, 9 kes kematian
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Covid: Kes harian terus menurun ke angka 677 kes, 9 kes kematian



4 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini semakin menurun iaitu sebanyak 677 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 201,073 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu dan masing-masing satu kes di Keningau, Beluran, Tawau, Tenom dan Sandakan.


Beliau berkata, Sabah meneruskan trend penurunan kes harian dan hari ini menurun sebanyak 90 kes, catatan terendah sejak 24 Julai lepas.


“Penurunan secara keseluruhan yang dicatatkan hari ini menunjukkan prestasi yang baik di mana 21 daerah mencatatkan penurunan kes, hanya lima daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu daerah iaitu Kudat kekal dengan catatan kes sebagaimana semalam.


“Hanya tiga daerah yang mencatatkan kes di atas paras (50) kes iaitu Kinabatangan (107) kes, Kota Kinabalu (94) kes dan Keningau (78) kes.


“Bagi daerah yang mengalami trend penurunan berbanding catatan kes semalam, Lahad Datu mencatatkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak (-35) kes, Kota Kinabalu (-18) kes, Putatan (-18) kes, Tawau (-16) kes, Ranau (-15) kes, Kota Marudu (-15) kes, Sipitang (-13) kes, Nabawan (-13) kes, Penampang (-13) kes, Pitas (-12) kes dan Sandakan (-11) kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, daerah yang mencatatkan peningkatan ketara pada hari ini pula ialah Kinabatangan dengan peningkatan sebanyak (+92) kes, Keningau (+23) kes dan Papar (+14) kes.


Beliau berkata, peningkatan drastik jumlah kes di daerah Kinabatangan berpunca daripada kewujudan dua kluster baru iaitu Kluster Sungai Tabulion dan Kluster Sandau Sawit.


“Dua kluster ini sahaja menyumbang 82.2 peratus daripada kes yang direkodkan hari ini di Kinabatangan,” katanya.


katanya lagi, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 1,900 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 185,594 orang.


Manakala 2,664 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,060 orang di hospital, 1,583 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 14 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta.


Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 144 orang merangkumi 128 di ICU/repurposed kritikal care serta 16 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 49 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page