Covid: Kota Belud catat kes baharu tertinggi di Sabah Covid: Kota Belud catat kes baharu tertinggi di Sabah
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Covid: Kota Belud catat kes baharu tertinggi di Sabah


19 Okt 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kota Belud merekodkan kes tertinggi berbanding daerah-daerah lain di Sabah dengan 123 kes positif baharu Covid-19, hari ini dan juga daerah tunggal mencatatkan kes tiga angka.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, 34 kes berpunca dari Saringan Bergejala, 30 kes dari Saringan Kontak Rapat dan 53 kes berpunca dari Saringan Tempat Kerja.


“Sebanyak 91 daripada 123 kes di Kota Belud merupakan kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, hanya tiga daerah mencatatkan penurunan pada dua angka iaitu Kota Kinabalu -19 kes, Putatan -19 kes dan Beluran -10 kes.


“Daripada 695 kes yang dicatat hari ini, 448 kes atau 64.46 peratus adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.


“Selebihnya adalah kes-kes lewat didaftar dua hari atau lebih lama setelah keputusan saringan diketahui.


“Selain Kota Belud, daerah-daerah lain yang mencatatkan kes lewat daftar yang tinggi ialah, Tenom (40), Kota Kinabalu (33), Papar (19), Tawau (18) dan Penampang (15),” katanya.

bottom of page