• nabalunews

COVID: RAKYAT MALAYSIA BERUSIA 43 THN ANTARA 22 KES IMPORT DI SINGAPURA


Seorang lelaki rakyat Malaysia antara 22 kes baharu import COVID-19 di Singapura

5 FEB 2021

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 43 tahun adalah antara 22 kes baharu import COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu. Menurut data penuh yang dikeluarkan Kementerian itu lewat malam tadi, lelaki pemegang permit kerja itu tiba dari Malaysia dan bergejala.

Setakat tengah hari Khamis, tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura, semua kes baharu merupakan kes import, menjadikan keseluruhan kes 59,624. Daripada 22 kes baharu yang diimport, 19 adalah tidak bergejala manakala tiga didapati bergejala. Kes import lain adalah dari India, Indonesia, Jerman, Jepun, Nigeria, Filipina, dan Emiriah Arab Bersatu. Seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun yang pulang dari Malaysia juga merupakan antara kes import bergejala di sini. Setakat ini, Singapura mempunyai tiga kluster. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com