Covid: Sabah catat 651 kes baharu, meningkat 225 kes berbanding kelmarinCovid: Sabah catat 651 kes baharu, meningkat 225 kes berbanding kelmarin
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Covid: Sabah catat 651 kes baharu, meningkat 225 kes berbanding kelmarin


21 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Negeri Sabah mencatatkan peningkatan tinggi sebanyak 225 kes dengan catatan jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini sebanyak 651 kes berbanding kes semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebnyak 16 kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu enam kes di Tawau, dua kes di Lahad Datu manakala Semporna, Ranau, Kota Marudu, Kota Kinabalu, Keningau, Beluran, Tuaran dan Tenom masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


“Pada hari ini juga kita menyaksikan sejumlah 22 daerah di Sabah mengalami peningkatan, lima daerah lagi mengalami penurunan dan hanya satu daerah iaitu Pitas merekodkan penurunan ketara sebanyak 15 kes.


“Seluruh kawasan bandar utama juga merekodkan peningkatan kes kecuali Penampang.


“Faktor yang mempengaruhi peningkatan kes pada hari ini disebabkan terdapat banyak daerah yang mencatatkan peningkatan ketara seperti Beaufort (+38) kes, Kudat (+35) kes, Lahad Datu (+22) kes, Tawau (+20) kes, Papar (+16) kes, Kota Belud (+15) kes, Keningau (+13) kes, Beluran (+13) kes dan Sipitang (+10) kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, bilangan pesakit Covid-19 yang sembuh pada hari ini ialah 541 termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 201,466 orang.


“Manakala 2,051 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 785 orang di hospital, 1,241 orang di pusat kuarantin dan PKRC, 23 orang di pusat tahanan sementara atau penjara manakala dua orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 98 orang merangkumi 94 di ICU serta empat di kubikel akut dan 30 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page