COVID: SABAH CATAT EMPAT KLUSTER BAHARU LIBATKAN PEKERJA SAWIT, SALON KECANTIKANCOVID: SABAH CATAT EMPAT KLUSTER BAHARU LIBATKAN PEKERJA SAWIT, SALON KECANTIKAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID: SABAH CATAT EMPAT KLUSTER BAHARU LIBATKAN PEKERJA SAWIT, SALON KECANTIKAN


Gambar Hiasan

7 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan empat kluster baharu hari ini melibatkan pekerja sawit, komuniti dan seorang pekerja salon kecantikan.


Kluster itu dikenali sebagai Kluster Hamparan Kinabatangan, Kluster Kampung Bolong Baru-Tuaran Kota Belud, Kluster Taman Wawasan - Beaufort, Papar, Kota Kinabalu dan Kluster Jalan Budi, Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Hamparan, Kinabatangan membabitkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja serta keluarga di Kilang Sawit Ong YaHoo, Kinabatangan.


“Kes indeks merupakan wanita, 26, pekerja pengurusan (Quality Assurance Executive) di kilang berkenaan yang disahkan positif (RTK-Ag) di Klinik Swasta Mabello Paris 3 pada 29 Mei lalu, setelah mengalami gejala sejak 25 Mei 2021.


“Saringan kontak mendapati 17 kes positif di tempat kerja serta sembilan kes lagi adalah kontak tanggungan (dependant), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27

kes.


“Aktiviti siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja kilang dan ladang yang lain,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Kampung Bolong Baru-Tuaran, Kota Belud adalah kluster ekoran sambutan aidilfitri yang menular dalam komuniti dan tempat kerja.


“Kes indeks ialah suri rumah, 28, dari Kg Bolong Baru yang mempunyai gejala demam, sakit tekak, selesma, batuk dan hilang deria bau sejak 22 Mei lalu, sebelum disahkan positif RTK Antigen pada 27 Mei lalu.


“Susulan penemuan kes positif itu, saringan kontak dijalankan bermula pada 27 Mei 2021 terhadap 259 kontak rapat dan tempat kerja iaitu QL Marine, Tuaran. Daripada jumlah itu, 26 kes positif didaftarkan di Tuaran manakala tujuh kes lagi di Kota Belud, menjadikan jumlah terkini sebanyak 33 kes,” katanya.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada ahli keluarga dalam aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama dan kedua di Kg Bolong Baru, Kg Tambalang dan Kg Kota, Tuaran.


Masidi berkata, Kluster Taman Wawasan - Beaufort, Papar, Kota Kinabalu pula direkodkan di Hospital Papar apabila ujian RT-PCR kluster indeks, lelaki, 66, disahkan positif pada 18 Mei lalu, setelah bergejala sejak 07 Mei namun tidak mendapatkan

rawatan.


“Saringan kontak pada 22 Mei lalu mendapati dua kes positif masing-masing di Klinik Kesihatan dan klinik swasta di Kota Kinabalu.


“Kedua-dua kontak rapat ini terlibat dengan aktiviti kunjung-mengunjung semasa hari raya di Kampung Tarap Bongawan. Turut dikesan positif, empat sekeluarga di Taman Wawasan Beaufort yang membawa kepada penemuan 16 lagi kes positif di taman terbabit.


“Pada hari ini, tujuh kes baharu dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes. Aktiviti saringan serta mengenal pasti punca jangkitan masih giat dijalankan,” katanya.


Beliau berkata, Kluster Jalan Budi, Tawau melibatkan individu yang dikesan negatif RT-PCR ketika menjalani saringan masuk ke Sabah pada 19 Mei lalu, namun disahkan positif dalam saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pada 02 Jun lalu.


Beliau berkata, kes indeks merupakan wanita, 37, pekerja salon kecantikan di Johor mula bergejala pada 30 Mei lalu, sebelum didapati positif pada 2 Jun 2021.


“Saringan kontak rapat kemudian menemukan sembilan kes positif dalam kalangan rakan serumah, menjadikan jumlah terkini sebanyak 10 kes. Pengesanan kontak dan punca jangkitan masih dijalankan,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page