Crall Mark Bait Pengerusi Baharu Tagal Tambulion Ulu 2026–2028
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
4 Mei 2026
KOTA BELUD: Crall Mark Bait diumumkan sebagai Pengerusi Tagal Tambulion Ulu bagi sesi 2026–2028 dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang berlangsung jumaat lepas selepas pembubaran rasmi Jawatankuasa sesi 2024–2026.
Kira-kira 300 ahli Tagal menghadiri mesyuarat yang turut membentangkan prestasi dan laporan kewangan bagi tempoh 2024–2026. Secara keseluruhannya, laporan menunjukkan perkembangan positif hasil kerjasama erat antara jawatankuasa dan komuniti.
Pembubaran jawatankuasa sesi 2024–2026 dilakukan selaras dengan perlembagaan dan amalan tadbir urus organisasi.

Mesyuarat turut dihadiri oleh beberapa pemimpin dan tokoh masyarakat antaranya Ketua Anak Negeri (KAN) Kadamaian Walter Duis Kandayon merangkap Presiden Persatuan Pelancongan Kadamaian Sabah (KATA), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Kadamaian Micheal Tinggiu, Ketua Kampung Tambulion Ulu Daiman Basinau, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambulion Ulu Boniface @ Doni Jiran , serta Mantan Pengerusi Tagal Jubilit Paun.
Dalam ucapan penutup, para pemimpin komuniti menekankan kepentingan perpaduan, komitmen dan sokongan berterusan semua ahli bagi memastikan kelestarian sistem Tagal sebagai warisan budaya dan sumber ekonomi komuniti.
MAT kali ini bukan sahaja menjadi platform pelaporan dan pemilihan kepimpinan, malah turut mengukuhkan semangat kebersamaan masyarakat Tambulion Ulu serta membuka lembaran baharu di bawah kepimpinan Crall Mark Bait.















Comments