Cuaca buruk di beberapa tempat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung bagi tempoh seminggu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Cuaca buruk di beberapa tempat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung bagi tempoh seminggu


2 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Fenomena cuaca buruk bakal melanda negeri Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung bagi tempoh seminggu bermula esok sehingga 9 Mac ini.


Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) , Muhammad Helmi Abdullah hujan lebat diramal melanda pantai timur Sabah dan Semenanjung pada sebelah pagi.


“Sementara itu, hujan dan ribut petir juga dijangka akan berlaku di barat dan timur Sabah, utara dan pedalaman Sarawak dan di barat Semenanjung pada sebelah petang hingga awal malam," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, MetMalaysia juga telah mengemaskini amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kategori pertama dan kedua untuk kawasan perkapalan di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga hari ini.


MetMalaysia juga menasihati, orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

bottom of page