SPEAKER SANGKAL DAKWAAN DUN SABAH HADAPI RISIKO PEMBUBARAN OTOMATIKSPEAKER SANGKAL DAKWAAN DUN SABAH HADAPI RISIKO PEMBUBARAN OTOMATIK
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SPEAKER SANGKAL DAKWAAN DUN SABAH HADAPI RISIKO PEMBUBARAN OTOMATIK



14 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya menyangkal kenyataan yang mendakwa bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menghadapi risiko pembubaran otomatik jika tidak bersidang sebelum 1 Ogos 2021.


Dalam kenyataan media hari ini beliau berkata, walaupun Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah hendaklah bersidang dalam tempoh enam bulan dari tempoh terakhir sidang yang lalu, tetapi Seksyen 15 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan pengecualian kepada Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah.


“Oleh itu orang ramai adalah diminta supaya tidak keliru disebabkan Dewan Undangan Negeri Sabah belum mengadakan persidangan sejak Sidang Bajet 2021 pada Disember 2020 yang lalu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


Bagaimanapun katanya, Dewan Undangan Negeri Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan pada bila-bila masa Kerajaan Negeri menetapkan tarikh untuk mengadakannya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page