DARELL LEIKING SELAR TUDUHAN LIAR MASING TERHADAP PIMPINAN WARISANDARELL LEIKING SELAR TUDUHAN LIAR MASING TERHADAP PIMPINAN WARISAN
top of page
  • nabalunews

DARELL LEIKING SELAR TUDUHAN LIAR MASING TERHADAP PIMPINAN WARISAN



9 DIS 2020


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking menyelar Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing yang menuduh Kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebelum ini takut untuk menuntut hak gas dan minyak negeri daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Darell mempersoalkan bagaimana James boleh membuat kesimpulan berkenaan sedangkan beliau tidak terlibat dengan jawatan perundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang wujud semasa pemerintahan Dr. Mahathir.


“Amat menarik juga apabila James mampu mengeluarkan kenyataan itu memandangkan beliau bertahun-tahun lamanya bersama Barisan Nasional (BN) tetapi tiada usaha dilakukan merealisasikan hak Sabah dan Sarawak,” katanya seperti dilaporkan The Vibes.


Dalam MA63, Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia bersama Persekutuan Malaya pada tahun 1963, namun sejak penubuhan Malaysia banyak terma di dalam perjanjian itu tidak ditunaikan atau diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.


Keadaan tersebut menyebabkan timbul kebencian dalam kalangan penduduk Borneo yang menuduh Kerajaan Persekutuan tidak menghormati MA63.


Di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), 17 daripada 21 perkara mengenai hak Sabah telah ditunaikan. Bagaimanapun perbincangan mengenai minyak dan gas dijalankan secara langsung antara Ketua Menteri Sabah dan Sarawak serta Perdana Menteri.


Darell berkata, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mempunyai cara tersendiri berunding dengan Putrajaya bagi menuntut hak-hak Sabah.


Katanya, itu sebabnya Mohd. Shafie menolak jemputan Sarawak untuk bersama-sama menyaman Petronas berikutan keengganan syarikat minyak negara itu membayar cukai sebanyak lima peratus.


Jelasnya, kemenangan Sarawak dalam isu saman berkenaan merupakan petanda kepada keputusan mahkamah, justeru tidak perlu lagi Sabah mengheret syarikat tersebut ke mahkamah kerana keengganan membayar cukai tersebut.


James bagaimanapun menggelar pimpinan kerajaan Sabah sebelum ini sebagai penakut kerana tidak berani menuntut hak itu daripada Dr. Mahathir.


Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menyatakan negeri itu perlu membuat rundingan dengan Petronas berhubung pembayaran cukai itu yang sama dengan Sarawak. – The Sabah Today

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page