top of page

DARURAT: SEBARANG BENTUK PILIHAN RAYA TIDAK AKAN DIADAKAN - PM MUHYIDDIN

  • nabalunews
  • Jan 12, 2021
  • 1 min read

ree

12 Jan 2021


KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Perdana Menteri berkata beliau tidak berniat untuk tidak mengadakan pilihan raya, namun perkara utama yang menghalang beliau daripada menasihati Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen untuk pilihan raya diadakan ialah pandemik COVID-19.


"Keputusan ini adalah selaras dengan satu daripada lima prinsip maqasid syariah iaitu menjaga nyawa. Dalam konteks ini adalah menjadi kewajiban saya sebagai ketua kerajaan untuk menjaga nyawa rakyat dengan melindungi saudara daripada jangkitan COVID-19.


"Ini adalah kemaslahan paling utama yang dituntut agama Islam," katanya dalam perutusan khas darurat yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin memberi komitmen tegas bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat untuk diadakan. - Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page