top of page

Datin Connie antara penderma Kempen Derma Darah anjuran UPKO Kota Belud

Wartawan Nabalu News


17 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Datin Connie Parantis, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick antara penderma awal yang hadir menjayakan Kempen Derma Darah, di Kadamaian Square, di sini, kelmarin.



“Ini pertama kali saya menderma darah sebagai sokongan kepada program UPKO Kota Belud. Saya juga dapat galakan daripada suami saya yang sering menderma darah setiap kali ada kempen dema darah,” katanya.



Kempen derma darah itu dianjurkan UPKO Bahagian Kota Belud dengan kerjasama Kelab Kebajikan Kadamaian, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tabung Darah Hospital Kota Belud.



Pengerusi Penganjur Carlye Lajimin berkata, kempen itu adalah antara pengisian sempena Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Kota Belud dan Sambutan Kaamatan-Raya peringkat Kadamaian.



“Kami mensasarkan 50 penderma, malangnya ia tidak mencapai sasaran disebabkan ramai yang berkomitmen untuk menderma darah tetapi hanya sedikit yang layak.


“Oleh itu kami akan menganjurkan sekali lagi kempen derma darah pada masa yang akan ditentukan kemudian bagi membantu para pesakit yang memerlukan bekalan darah dan juga menambah Tabung Darah Hospital,” katanya kepada Nabalu News.


Carlye turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penderma dan pihak yang terlibat menjayakan kempen itu.




Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page