Datuk Johnny Intang kekal ketua bahagian UPKO Kinabatangan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Datuk Johnny Intang kekal ketua bahagian UPKO Kinabatangan


Ewon menerima cenderhati daripada wakil UPKO Kinabatangan.

9 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KINABATANGAN: Datuk Johnny Intang menang tanpa tanding seterusnya kekal sebagai Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kinabatangan bagi sesi 2022-2025.


Selain Ketua Bahagian dan barisan kepimpinan baharu bahagian itu, Ketua Pemuda, Wanita dan Generasi Muda UPKO Kinabatangan juga menang tanpa tanding.


Bagi Pergerakan Wanita UPKO Kinabatangan, Mohina Sidom kekal sebagai ketuanya dan Lustinah Samir sebagai timbalan ketua.


Ewon ketika berucap merasmikan mesyuarat itu.

Ketua Pemuda UPKO Kinabatangan pula ialah Alsa Sunsing dan Ketua Generasi Muda Manzikol Indas.


Mesyuarat Tritahunan UPKO Kinabatangan itu, dirasmikan oleh Naib Presiden UPKO merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick, di sini, pada Sabtu lalu.






photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page