top of page

DBKK Laksana Operasi Pembersihan Parti Komersial

  • nabalunews
  • Jan 2
  • 1 min read

2 Januari 2026


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melaksanakan operasi pembersihan parit komersial di tiga kawasan tumpuan.


Antara kawasan terlibat adalah di Segama, Sinsuran dan Kampung Air dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih dan lestari.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan DBKK berkata, operasi berkenaan dilaksanakan oleh Jabatan Landskap DBKK pada 20 hingga 23 Disember lalu.

Katanya, kerja-kerja pembersihan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mencegah masalah saliran tersumbat akibat daripada sisa sampah sarap dan sisa pepejal komersial.


“Skop operasi ini tertumpu kepada tiga kawasan utama iaitu Segama, Sinsuran dan Kampung Air.


“DBKK akan terus mempergiat pelaksanaan operasi pembersihan parit komersial ini dari masa ke masa serta memperluas usaha ini ke sekitar kawasan Bandaran, Jalan Gaya dan lain-lain,” katanya.

Sehubungan itu, DBKK mengingatkan orang awam dan penjaja supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu dan membuang sampah di tempat pembuangan sampah yang telah ditetapkan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page