Deepavali: Aktiviti ziarah keluarga dan rentas negeri dibenarkanDeepavali: Aktiviti ziarah keluarga dan rentas negeri dibenarkan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Deepavali: Aktiviti ziarah keluarga dan rentas negeri dibenarkan


3 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah membenarkan aktiviti ziarah keluarga dan merentas negeri bagi penerima lengkap divaksin sempena sambutan perayaan Deepavali esok.


Bagaimanapun, kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada penjarakan fizikal 1 meter dan juga pematuhan prosedur standard operasi (SOP) Negeri Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.


Selain itu, bazaar jualan Deepavali dibenarkan untuk tertakluk kepada kelulusan dan kawan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pihak Berkuasa Tempatan.


“Aktiviti ziarah kubur turut dibenarkan tertakluk kepada SOP Pengurusan Pengebumian Bukan Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.


“Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun dibenarkan hadir tertakluk kepada ibu bapa mereka lengkap divaksin,” katanya.

bottom of page