top of page
  • nabalunews

DERMA DARAH DI BALAI RAYA KG.BAMBANGAN ESOK (25 April) MULA JAM 9 PAGI



24 April 2021


INANAM: Orang ramai khususnya masyarakat Kampung Bambangan Baru, Kampung Poring-Poring, dan penduduk sekitar digesa hadir menderma darah Ahad ini (25 April) bertempat di Balai Raya Kampung Bambangan Baru bermula Jam 9 pagi hingga 2 petang.


Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, kempen kali ini adalah anjuran bersama Persatuan Thalassaemia Sabah, UPPM N.16 Inanam, JPKK Kg. Bambangan, Kg. Poring-poring, Pendarah, Bulan Sabit Merah Malaysia Kota Kinabalu dan Jabatan Perubatan Transfusi Darah HQE II



“Kami berharap agar lebih ramai golongan muda atau belia tampil untuk menderma darah bagi melaksanakan tanggungjawab kita bersama membantu masyarakat memerlukan.


"Pihak Penganjur telah menyediakan goodies 50 kampit beras 5kg untuk penderma terawal,” kata Alix dalam kenyataan akhbar di sini.


Sebarang pertanyaan mengenai program derma darah tersebut boleh menghubungi Pengerusi Persatuan Thalassaemia Sabah, Encik Francis Mujim 01114118557.

Comments


bottom of page