DERMA DARAH DI INANAM BERJAYA KUMPUL 94 PAIN DARAH DERMA DARAH DI INANAM BERJAYA KUMPUL 94 PAIN DARAH
top of page
  • nabalunews

DERMA DARAH DI INANAM BERJAYA KUMPUL 94 PAIN DARAH


Wong (dua kanan) bersama sebahagian ahli jawatankuasa penganjur.

7 Feb 2021


KOTA KINABALU: Meskipun dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia tidak menghalang gabungan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam mengumpul 94 pain darah melalui kempen derma darah, hari ini.


Kempen berkenaan diadakan di Tugu Peringatan Inanam dijayakan dengan kerjasama Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah), Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), Persatuan Thalassaemia Sabah dan Persatuan Bulan Sabit Merah.


Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam, yang juga Pengerusi Penganjur Datuk Wong Thien Fook berkata, selain membantu mendapatkan bekalan darah, kempen itu juga memberi peluang kepada orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.


Selain itu katanya, menerusi program itu, ia dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan menderma darah yang mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.


“Kita akan mengadakan program seumpama ini dari semasa ke semasa sebagai usaha membantu pihak hospital mengisi tabung darah untuk kegunaan para pesakit yang memerlukan.


“Kami amat berterima kasih kepada orang ramai kerana sudi menderma darah dalam program yang diadakan buat kali pertama tahun ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Wong berkata, seramai 187 penderma tampil mendaftar namun hanya 94 yang dibenarkan untuk menderma darah.

Wong bersama penderma darah.

Beliau berkata, walaupun sasaran awal kempen ini adalah 100 pain darah namun pihaknya tetap berpuas hati dengan jumlah yang berjaya diperolehi.


“Kami berharap program seperti ini yang akan diadakan di masa hadapan akan dapat mencapai jumlah yang lebih tinggi.


“Orang ramai yang ingin menderma darah tidak perlu risau kerana proses menderma darah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page