top of page

DEWAN AS TETAP LULUSKAN USUL SINGKIR TRUMP

  • nabalunews
  • Jan 13, 2021
  • 1 min read


13 Jan 2021


WASHINGTON: Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat meluluskan resolusi mendesak Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence menggunakan seksyen empat Perkara 25 Perlembagaan, untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana pembabitannya dalam rusuhan di Capitol, meskipun naib presiden itu telah memberi amaran bahawa langkah itu akan menjadi duluan terburuk, lapor Agensi Berita Sputnik.


Dewan Senat pada Selasa meluluskan perkara itu dengan 220 berbalas 205 undi. Resolusi itu meminta Pence memangku jawatan presiden selepas Trump didapati "gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya."


Pence, dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Nancy Pelosi menjelang undian itu, menyatakan langkah itu akan menjadi duluan terburuk dan boleh memecah belahkan negara. Susulan itu, Dewan pada Rabu memutuskan meneruskan usul mendakwa. -Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page