top of page

Dewan Serbaguna OT Kunong Usang, Berisiko Hakisan Tanah – JKKK Mohon Dana Segera

  • nabalunews
  • 10 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


29 Mei 2026


KOTA BELUD: Dewan Serbaguna OT Kunong di Kampung Pinasang Moroulu, Kota Belud, dikategorikan sebagai usang dan berisiko tinggi akibat hakisan tanah, mendorong Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pinasang Moroulu memohon dana naik taraf secara segera.


Permohonan itu disampaikan terus kepada Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III, Carlye Lajimin, semasa majlis perasmian Pesta Kaamatan peringkat kampung semalam.


Pengerusi JKKK Kampung Pinasang Moroulu, Roslinah Mius merangkap Pengerusi Kaamatan dalam ucapannya menegaskan bahawa dewan tersebut memerlukan penyelenggaraan dan penaiktarafan fasiliti segera, terutamanya sistem perparitan yang menyebabkan hakisan tanah menghala ke gaung.

“Keselamatan penduduk kampung terancam jika dibiarkan,” tegasnya.


Carlye yang mewakili Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick , berkata pihaknya akan menyerahkan permohonan berkenaan serta laporan tinjauan ringkas kerosakan kepada Ewon.

Beliau turut menyampaikan maaf atas ketidakhadiran Ewon disebabkan komitmen lain.

Walaupun demikian, Carlye menyeru seluruh komuniti Kampung Pinasang Moroulu agar terus bersatu dan bersyukur, kerana itulah makna sebenar sambutan Kaamatan.

Sementara itu, Roslinah merakamkan penghargaan kepada semua jawatankuasa, penduduk yang bergotong-royong, serta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian atas sumbangan daripada pihak Ewon.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page