Dewan terbuka di Kampung Mandap siap sebelum Disember 2024
- nabalunews
- Oct 13, 2024
- 1 min read

13 Oktober 2024
KOTA BELUD: Projek pembinaan dewan terbuka yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada 540 penduduk Kampung Mandap dijangka siap sepenuhnya sebelum Disember ini.
Apabila siap kelak, ia akan menjadi pusat aktiviti komuniti yang dapat memperkukuhkan hubungan silaturahim serta memberi ruang kepada penduduk untuk menjalankan pelbagai acara dan kegiatan masyarakat.
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam memastikan kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan kondusif untuk rakyat di kawasan luar bandar.
Siang tadi, Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Caryle Lajimin, yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bersama Pegawai Pembangunan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N11 Kadamaian, Juin Kolod dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Binjimin Bayuhan, telah melakukan tinjauan ke Dewan Terbuka Tamu Desa di Kampung Mandap.
Lawatan ini untuk meninjau tahap pelaksanaan pembinaan dewan berkenaan.
Comments