top of page

Dos penggalak Covid mula diberi di Sabah hari ini

  • Writer: Ilona Andrew
    Ilona Andrew
  • Oct 20, 2021
  • 1 min read

20 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Rakyat di Sabah yang layak, iaitu warga emas, golongan berisiko tinggi dan pekerja barisan hadapan, sudah boleh menerima dos penggalak vaksin Covid-19 mulai hari ini.


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang telah menerima dos penggalak itu hari ini berkata, program itu akan dilaksanakan dalam dua peringkat.


Peringkat pertama adalah untuk pekerja barisan hadapan kesihatan dan bukan kesihatan, manakala peringkat kedua yang melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta individu yang mempunyai komorbiditi akan mula pada 2 November.


Difahamkan, dos penggalak itu adalah percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan diberi kepada mereka yang ingin mendapatkannya secara sukarela. Individu ini haruslah telah menerima vaksin dua dos vaksin sekurang-kurangnya enam bulan sebelum menerima dos penggalak.


Mereka yang memenuhi syarat ini akan diberitahui melalui aplikasi MySejahtera, manakala individu layak yang tidak memiliki aplikasi ini akan menerima panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pusat pemberian vaksin (PPV).


Program pmberian dos penggalak ini akan diberikan di kemudahan perubatan kerajaan dan swasta terpilih di bawah pengawasan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page