Dos penggalak kini boleh diperolehi di mana-mana pusat perubatan kerajaanDos penggalak kini boleh diperolehi di mana-mana pusat perubatan kerajaan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Dos penggalak kini boleh diperolehi di mana-mana pusat perubatan kerajaan


12 Nov 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Dos penggalak atau booster dose kini boleh diperolehi di mana-mana pusat perubatan kerajaan bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun pemberian dos penggalak bagi individu yang berumur 40 tahun ke atas itu hanya bagi mereka yang sudah melepasi 6 bulan penerimaan dos kedua Pfizer dan 3 bulan selepas menerima dos kedua Sinovac. Pada 13 Oktober lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Booster atau dos penggalak bagi penduduk di Malaysia. Golongan yang layak bagi dos penggalak ialah mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan juga mereka yang mempunyai komorbiditi, jelasnya. Menurut Khairy dos penggalak ini penting kerana ianya dapat meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan Covid-19.

bottom of page