top of page

Dr. Velerie Raih Pengiktirafan Global, UPKO Keningau Gesa Kerajaan Beri Pengiktirafan Rasmi

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KENINGAU, 19 Ogos – Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Keningau, Jeffaonzo Japrin, menggesa kerajaan negeri dan pusat agar memberikan pengiktirafan rasmi kepada Dr. Velerie Wheelervon Primus, pendidik dari SK Bingkor Keningau, susulan kejayaannya mencipta nama di peringkat antarabangsa.


Velerie, yang merupakan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di SK Bingkor, terpilih antara 50 Guru Terbaik Dunia (Global Teacher Prize 2026) serta dinobatkan sebagai Pemenang Serantau Asia Tenggara & Pasifik menerusi Cambridge Dedicated Teacher Awards 2026. Beliau juga satu-satunya wakil Asia Tenggara dalam senarai berprestij itu.


Menurut Jeffaonzo, pencapaian tersebut bukan sekadar membanggakan SK Bingkor dan komuniti setempat, malah mengangkat martabat pendidik Sabah di peringkat global.



"Sabah mempunyai ramai anak tempatan yang berbakat. Apabila ada yang berjaya mencapai tahap ini, kita wajib tampil memberikan sokongan dan penghargaan sewajarnya. Pengiktirafan ini juga mampu menjadi inspirasi kepada lebih ramai guru dan anak muda Sabah untuk terus cemerlang," katanya.


Beliau menegaskan bahawa rentetan pencapaian luar biasa ini, Kerajaan Sabah wajar mempertimbangkan satu bentuk pengiktirafan rasmi sebagai tanda setimpal atas jasa dan sumbangan Velerie dalam bidang pendidikan dan pembangunan generasi muda.


Sementara itu, kejayaan Velerie lebih bermakna apabila didorong oleh pengalaman peribadinya sebagai bapa kepada seorang anak autisme. Pengalaman itu mendorong beliau mencipta tiga pendekatan pembelajaran inovatif untuk murid berkeperluan khas, iaitu Pendekatan 'Hope', 'Miracles', dan 'Neuro Arts'.


Velerie, graduan IPG Kampus Keningau, turut menerima pelbagai anugerah lain antaranya Anugerah Khas Menteri Pendidikan Malaysia 2026, Anugerah Perdana Belia Negara 2024, Wiki Impact 100 Malaysia 2025, Malaysia Teacher Prize 2024, dan Guru Pendidikan Khas Berwibawa Kebangsaan 2024.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page