top of page

Dua beradik maut, empat cedera selepas kereta dinaiki terbabas

nabalunews

31 Oktober 2024


KINABATANGAN: Perjalanan enam sekeluarga berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya maut manakala 4 lagi cedera selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Batu 32, Bukit Garam, di sini, petang kelmarin.


Mangsa remaja perempuan dan adik lelakinya berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Empat lagi cedera iaitu dua kanak-kanak berusia enam dan 10 tahun serta seorang wanita dan lelaki berusia 53 tahun.


Difahamkan, keluarga ini dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke rumah mereka di Sukau.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.20 petang.


Katanya, sepasukan 7 pegawai dan

anggota bersama jentera dari BBP Kinabatangan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 25 kilometer dari balai.


“Setiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang terbabas sendiri dan terbalik di atas jalan raya.


“Terdapat enam mangsa terbabit dalam kemalangan iaitu empat dilaporkan cedera manakala dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.


“Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan jam 7.13 malam,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page