DUA KLUSTER BAHARU BABITKAN PEKERJA TAPAK PEMBINAAN DI PENAMPANG DUA KLUSTER BAHARU BABITKAN PEKERJA TAPAK PEMBINAAN DI PENAMPANG
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUA KLUSTER BAHARU BABITKAN PEKERJA TAPAK PEMBINAAN DI PENAMPANG



17 NOV 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah, hari ini, masing-masing melibatkan Penampang dan Kota Kinabalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Avenue di daerah Penampang berkaitan pekerja tapak pembinaan mencatatkan sebanyak 110 kes, manakala Kluster Kejora di Kota Kinabalu mencatatkan Sembilan kes.


“Daripada 499 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 271 kes atau 54.31 adalah berpunca dari Kluster Penjara Sandakan (122 kes) dan Kluster Avenue (106 kes ). Keputusan ujian saringan ini baru diperolehi dari makmal swasta yang dilantik,” katanya.


Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 499 kes.


“Jumlah kumulatif ialah sebanyak 23,882 kes. Hari ini empat kes kematian dicatatkan iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau dan Sandakan,” katanya.


Katanya lagi, seramai seramai 526 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh pada hari ini. Manakala, seramai 1,997 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 610 orang di hospital dan 1,387 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 69 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page