DUA KLUSTER BAHARU BERKAITAN PEKERJA PELANTAR MINYAK, MAJLIS HARI JADIDUA KLUSTER BAHARU BERKAITAN PEKERJA PELANTAR MINYAK, MAJLIS HARI JADI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUA KLUSTER BAHARU BERKAITAN PEKERJA PELANTAR MINYAK, MAJLIS HARI JADI



21 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan kakitangan pelantar minyak dan berkaitan majlis hari jadi.


Kluster itu dikenali sebagai Samedra Kota Kinabalu dan Serudung Baru Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Samedra, melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan kakitangan pelantar minyak iaitu di Platform FPSO KIKEH.


“Kes indeks merupakan penyelia lelaki, 35, yang mula bergejala sejak 12 Jun lalu sebelum disahkan positif Covid-19 hasil saringan pekerjaan pada tarikh sama di klinik swasta.


“Turut dikesan positif ialah 24 kontak dalam kalangan rakan sekerja kes indeks, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 25 kes. Aktiviti saringan dan kawalan masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Serudung Baru, Tawau pula adalah kluster baharu di Mukim Balung, Tawau berkait rapat dengan majlis hari jadi yang diadakan di rumah kes indeks dan dihadiri ahli keluarga pada 12 Jun lalu.


Beliau berkata, kes indeks merupakan warga emas, lelaki, 60, disahkan positif Covid-19 pada 16 Jun lalu di Klinik Kesihatan Apas Balung, setelah bergejala sejak 13 Jun lalu.


“Susulan kes itu, saringan kontak pada 20 Jun lalu mendapati sembilan individu dalam kalangan jemputan majlis terbabit dikesan positif.


“Setakat hari ini, sembilan lagi kes positif direkodkan menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 19 kes. Aktiviti pegesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page