DUA KLUSTER BAHARU DI KOTA KINABALU, MEMBABITKAN PEKERJA KILANGDUA KLUSTER BAHARU DI KOTA KINABALU, MEMBABITKAN PEKERJA KILANG
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUA KLUSTER BAHARU DI KOTA KINABALU, MEMBABITKAN PEKERJA KILANG


10 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu dilaporkan di Kota Kinabalu hari ini membabitkan pekerja kilang pemprosesan ayam iaitu Kluster Jalan Tiga KKIP dan Kluster Lorong Bersatu Damai.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Tiga KKIP mencatatkan enam kes positif Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 21 kes.


"Kes indeks merupakan seorang pekerja kilang pemprosesan ayam yang melakukan saringan bergejala di Klinik Kesihatan Telipok.


"Individu itu dikesan positif Covid-19 melalui RTK Antigen pada 03 Februari lalu. Saringan kontak rapat dan tempat kerja masih diteruskan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Masidi berkata, kluster kedua ialah Kluster Lorong Bersatu Damai, merekodkan 10 kes baharu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes.


"Kes indeks dikesan hasil saringan prosedur pesakit di wad salah sebuah hospital pada 04 Februari.


"Saringan kontak rapat masih giat dijalankan bagi mengesan penularan jangkitan Covid-19," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page