• Wartawan Nabalu News

DUA KLUSTER BAHARU DI SABAH, KLUSTER ALILA BERKAITAN PEKERJA TAPAK PEMBINAAN



14 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALI: Dua daripada empat kluster baharu yang dilaporkan hari ini di seluruh negara adalah di Sabah.

Kluster-kluster itu dikenali sebagai Kluster Istimewa, Alila, Assumption dan Kluster Rajawali.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata Kluster Alila di Tuaran sebanyak 26 kes berkaitan pekerja tapak pembinaan Alila Resort.

Kes indeks positif Covid-19 kluster ini dikenalpasti hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, Hospital Queen Elizabeth.

Sebanyak 317 orang telah disaring, 23 orang didapati positif dan 294 individu masih menunggu keputusan.

Masidi berkata bagi Kluster Istimewa, ia dikenalpasti di Sandakan. Kes indeks bagi kluster ini dikenalpasti hasil saringan kemasukan ke wad pada 20 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent andakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Dewan Kompleks Sukan Sibuga Sandakan.

Sehingga kini seramai 54 individu telah disaring, 16 individu dikesan positif, 27 individu negatif dan 11 individu lagi masih menunggu keputusan.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com