DUA KLUSTER BAHARU DIKESAN DI DONGGONGON MELIBATKAN PEKERJA RESTORANDUA KLUSTER BAHARU DIKESAN DI DONGGONGON MELIBATKAN PEKERJA RESTORAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUA KLUSTER BAHARU DIKESAN DI DONGGONGON MELIBATKAN PEKERJA RESTORAN


Gambar Hiasan

18 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu dikesan di Pekan Donggongon Penampang hari ini melibatkan pekerja restoran dikenali sebagai Kluster Lot Satu dan Kluster Lot Tujuh Penampang.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Lot Satu Penampang hari ini mencatatkan sembilan kes positif Covid-19.


"Kes indeks merupakan pekerja restoran di Pekan Donggonggon yang disahkan positif Covid-19 hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 14 Februari.


"Jumlah kumulatif ini berjaya dikesan selepas saringan kontak rapat dan tempat kerja dijalankan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Lot Tujuh, Penampang pula merekodkan jumlah kumulatif lapan kes pada

hari ini.


Beliau berkata, kes indeks merupakan pekerja restoran di Jalan Pintas hasil saringan bergejala pada 16 Februari.


"Saringan kontak rapat dan tempat kerja masih giat dijalankan bagi mengesan penularan kes jangkitan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page