DUA KLUSTER BAHARU DIREKODKAN DI KOTA KINABALU DAN SEMPORNADUA KLUSTER BAHARU DIREKODKAN DI KOTA KINABALU DAN SEMPORNA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUA KLUSTER BAHARU DIREKODKAN DI KOTA KINABALU DAN SEMPORNA


Datuk Masidi Manjun

12 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan dua kluster baharu iaitu Kluster Kebagu di Kota Kinabalu melibatkan kluster tempat kerja di Sekolah Kebangsaan Kebagu dan Kluster Tanjung Kapor di Semporna.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Kebagu melibatkan SK Kebagu serta ahli keluarga dan daerah Papar.



“Kes indeks merupakan guru wanita, 53, yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan bergejala di klinik swasta pada 03 Mei lalu.


“Saringan kontak dilakukan terhadap 281 orang termasuk guru, kakitangan serta pelajar di sekolah terbabit kemudiannya mendapati lapan lagi kes positif menjadikan jumlah terkumpul setakat ini ialah 15 kes,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Tanjung Kapor di Semporna merupakan kluster komuniti dan melibatkan seorang wanita mengandung 27 minggu, warganegara Malaysia, 31, sebagai kes indeks.


Pada 09 Mei 2021, kes indeks yang mengalami kekejangan otot di bahagian bawah abdomen telah dibawa ke Hospital Semporna namun didapati positif RTK Antigen 100 peratus selepas saringan pra-kemasukan hospital.


Katanya, saringan kontak rapat pula mendapati tujuh daripada lapan isi rumah kes indeks didapati positif Covid-19 sekaligus mencatat jumlah terkini bagi klusteri ini seramai lapan orang.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page