Dua kluster baharu direkodkan hari ini di Nabawan, TuaranDua kluster baharu direkodkan hari ini di Nabawan, Tuaran
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Dua kluster baharu direkodkan hari ini di Nabawan, Tuaran



6 September 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Nabawan dan Tuaran hari ini melibatkan pekerja ladang kelapa sawit dan bahagian penghantaran sebuah makmal patologi swasta di Luyang.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu dikenali sebagai Kluster Sawit Simpang Batu 38 Nabawan dan Kluster Bawah Bayu – Tuaran.


Beliau berkata, Kluster Sawit Simpang Batu 38 - Nabawan adalah kluster tempat kerja yang dikesan hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Batu 38, Nabawan.


“Kes indeks merupakan lelaki, 55, dilaporkan positif Covid -19 pada 29 Ogos 2021 hasil saringan individu bergejala, selepas mengalami demam, batuk, sakit sendi bermula 27 Ogos 2021 lalu.


“Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 309 rakan sekerja, ahli keluarga dan kontak kasual mengesan 87 kes positif termasuk 16 kes baharu hari ini, manakala 222 individu didapati negatif sample pertama.


“Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC untuk rawatan lanjut dan menjalani pengasingan. Kontak-kontak rapat kes ini juga telah diberikan arahan kuarantin untuk pengasingan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Bawah Bayu - Tuaran juga merupakan kluster jenis tempat kerja.


Beliau berkata, kes indeks adalah lelaki, 55, dari Kg Betutai yang bekerja di bahagian penghantaran sebuah makmal patologi swasta di Luyang.


“Kes indeks disahkan positif COVID-19 hasil saringan tempat kerja melalui ujian PCR dengan CT Value 32.18. Saringan kontak rapat mendapati 11 kontak serumah didapati positif termasuk seorang anaknya yang bekerja sebagai Pegawai Penjara di PRP Kauluan.


“Susulan saringan kontak rapat anak kepada kes indeks, 51 lagi dikesan positif termasuk tiga kes dari Kota Kinabalu menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam kluster ini seramai 63 kes (46 kes baharu),” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page