DUA KLUSTER BAHARU DIREKODKAN HARI INIDI SANDAKAN DAN LUMADAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUA KLUSTER BAHARU DIREKODKAN HARI INIDI SANDAKAN DAN LUMADAN



8 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Istimewa Dua Sandakan dan Kluster Lumadan Beaufort masing-masing melibatkan jangkitan dalam komuniti dan rakan sekerja.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Istimewa Dua melibatkan jangkitan dalam komuniti di lokaliti Kg. Istimewa, Sandakan.


“Sebelum ini, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan pernah melaporkan kejadian kluster di kampung yang sama pada 14 November 2020,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, kali ini, kes indeks merupakan lelaki, 48, dikesan positif Covid-19 hasil saringan bergejala pada 25 Jun 2021 di Klinik Kesihatan Sandakan.


“Saringan yang dijalankan terhadap 261 kontak mendapati 27 orang disahkan positif termasuk dua kes baharu, sementara 229 orang didapati negatif dan lima orang lagi masih menunggu keputusan.


“Pengesanan kontak rapat dan siasatan lanjut masih giat dijalankan,” katanya.


Beliau berkata, Kluster Lumadan - Beaufort pula melibatkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sekerja dari pelbagai lokaliti berbeza di sekitar Mukim Lumadan.


Katanya, kes indeks adalah lelaki, 19, disahkan positif Covid-19 melalui ujian RTK-Ag 100% di Klinik Subha Beaufort pada 29 Jun 2021, selepas bergejala demam dan batuk sejak 24 Jun 2021.


“Hasil saringan kontak rapat, sembilan ahli keluarga dan jiran didapati positif.


“Berdasarkan siasatan, kegagalan mematuhi SOP dan penjarakan fizikal semasa aktiviti permainan atas talian (online gaming) dalam kalangan belia dikenal pasti menjadi punca penularan,” katanya.


Beliau berkata, bermula dari 29 Jun 2021 hingga 08 Julai 2021, terdapat 46 kes termasuk dua kes baharu hari ini daripada 110 saringan yang dijalankan. Kadar positif adalah sebanyak 41.81 peratus.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page