DUA KLUSTER BAHARU, KLUSTER JALAN BUNDUSAN PENAMPANG, KG.NELAYAN TENGAH SANDAKANDUA KLUSTER BAHARU, KLUSTER JALAN BUNDUSAN PENAMPANG, KG.NELAYAN TENGAH SANDAKAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

DUA KLUSTER BAHARU, KLUSTER JALAN BUNDUSAN PENAMPANG, KG.NELAYAN TENGAH SANDAKAN


Gambar Hiasan

20 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan pekerja kilang pemprosesan makanan di Penampang dan penganjuran majlis doa selamat di Sandakan.


Kluster itu dikenali sebagai Kluster Jalan Bundusan Penampang dan Kluster Kg Nelayan Tengah - Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Bundusan - Penampang melibatkan para pekerja di kilang pemprosesan makanan di Penampang.


“Kes indeks merupakan pekerja lelaki, 43, yang dikesan positif ujian PCR Covid-19 pada 19 Jun 2021 melalui saringan bersasar di PKPD Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu namun tidak menunjukkan sebarang gejala.


“Berikutan kes itu, majikan melaksanakan saringan RTK di tempat kerja dan mendapati lapan lagi kes positif dalam kalangan kontak rapat menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah sembilan kes.


“Aktiviti pengesanan kontak rapat, saringan dan penyiasatan punca penularan kluster masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.


Masidi berkata, Kluster Kg Nelayan Tengah - Sandakan berkait rapat dengan penganjuran majlis doa selamat pada 13 Jun lalu di kampung terbabit.


Beliau berkata, kes indeks adalah wanita, 45, yang disahkan positif saringan RTK Antigen Covid-19 positif 100 peratus di Klinik Mansor pada 16 Jun lalu, setelah mengalami gejala demam dan insomnia sejak 11 Jun lalu.


“Saringan terhadap 45 kontak rapat kemudiannya menemukan 24 lagi kes positif manakala 21 kontak masih lagi menunggu keputusan.


“Aktiviti pengesanan kontak rapat, saringan dan siasatan lanjut masih giat dijalankan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page