Dua kluster baharu melibatkan tempat kerja dan komuniti dikesan di Tawau, Ranau dan Kota MaruduDua kluster baharu melibatkan tempat kerja dan komuniti dikesan di Tawau, Ranau dan Kota Marudu
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Dua kluster baharu melibatkan tempat kerja dan komuniti dikesan di Tawau, Ranau dan Kota Marudu



30 Julai 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini melibatkan kluster tempat kerja di Tawau dan kluster komuniti di Ranau dan Kota Marudu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster-kluster itu ialah Kluster Batu Dua dan Kluster Gunsapau.


Beliau berkata, Kluster Batu Dua melibatkan penularan Covid-19 di tempat kerja iaitu di sebuah kedai roti di Tawau.


“Kes indeks merupakan lelaki, 58, dari Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman dan tidak bekerja telah disahkan positif hasil saringan bergejala di hospital swasta pada 17 Julai 2021.


“Saringan kontak rapat mendapati tiga rakan serumah positif, salah satu daripadanya adalah anak kepada kes indeks yang bekerja di kedai roti terbabit.


“Saringan tempat kerja pula mengesan lapan pekerja positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata setakat hari ini, daripada 66 kontak yang telah disaring, kluster ini merekodkan 27 kes positif termasuk 10 kes baharu.


Sementara itu satu kluster baharu di Ranau membabitkan jangkitan komuniti. Menurutnya, Kluster Gunsapau itu turut melibatka kontak sosial di Kg Tagibang, Kota Marudu.


Katanya, kes indeks merupakan wanita, 24, disahkan posiitf COVID-19 (RTK-Ag) pada 21 Julai 2021, diikuti empat kontak positif RTK-Ag pada 22 Julai 2021 melalui saringan bergejala.


“Turut dikesan positif, kontak serumah kes indeks di Kg. Pugi Gunsapau, Kg. Nawanon dan Kg. Tagibang di Kota Marudu pada 24 dan 27 Julai 2021.


Dalam tempoh itu, 164 sampel telah disaring dan mengesan 64 kes positif termasuk enam kes baharu manakala 100 sampel lagi didapati negatif.

bottom of page