top of page

Dua Lagi Mangsa Hilang Di Hutan Tamaco, Tungku, Ditemui Selamat

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read


13 Mei 2025


LAHAD DATU: Dua lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat di kawasan Hutan Tamaco, Tungku, di sini, sejak 8 Mei lalu, ditemui selamat hari ini.


Kedua-dua mangsa ditemui di dua lokasi berasingan oleh orang awam sebelum memaklumkan pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan segera.


Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau yang mengesahkan penemuan kedua-dua mangsa berkata, mangsa pertama ditemui pada jam 12 tengah hari.


Manakala katanya, mangsa kedua pula ditemui kira-kira jam 4 petang di lokasi berasingan oleh pekerja ladang.


“Kedua-dua mangsa berusia berusia 37 dan 41 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah di dua lokasi berasingan.


“Kedua-dua mangsa terus dihantar ke Klinik Tungku untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, sejurus penemuan itu, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7 malam tadi,


Terdahulu, dalam kejadian Khamis lalu, kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan mereka dikatakan masuk ke hutan berkenaan untuk mencari hasil hutan.


Sebaik kehilangan semua mangsa disedari, operasi SAR terus digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pagi, semalam.


Pasukan SAR terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta orang awam yang turut membantu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page