top of page

Dua Lagi ‘Transporter’ Dadah Ditahan

  • nabalunews
  • Mar 5
  • 1 min read


5 Mac 2025


KOTA KINABALU: Dua lelaki yang dipercayai menjadi ‘transporter’ dadah ditahan bersama 63 kilogram syabu bernilai RM3 juta dalam operasi, 27 Februari lalu.


Dalam operasi kira-kira jam 9 malam itu, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 33 tahun ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah di sebuah pasaraya di Penampang.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, kedua-dua suspek ditahan di dalam kereta Toyota Land Cruiser ketika berada di kawasan parkir pasaraya berkenaan.



Katanya, hasil pemeriksaan, polis menemui empat kotak besar berisi bungkusan dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 63.55 kilogram.


“Semua dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk melalui perkhidmatan udara dari semenanjung Malaysia sebelum cuba diseludup ke negara jiran.


“Pasukan operasi turut merampas wang tunai sebanyak RM899, barang kemas, jam tangan mewah, tiga kereta Mercedes Benz dan Audi A5 dan Toyota Land Cruiser dan keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan sebanyak RM3.24 juta,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di IPK Sabah, hari ini.


Jauteh berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati, kedua-dua suspek negatif dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.


Katanya, pihak polis percaya kedua-dua suspek hanya bertindak sebagai transporter kepada dadah berkenaan dengan menerima upah daripada sindiket.


“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman sehingga 7 Mac depan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page